Wednesday, May 27, 2009

Am I Alone here?

Orang cakap kita perlu melupakan kisah lalu. Tapi saya rasa ia amat berat. Begitu sukar melupakan kenangan lalu. Kisah lalu dipenuhi dengan suka duka sebuah kehidupan dan saya juga rasa kita tidak perlu melupakannya kerana ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang pernah kita lalui.
Saya juga rasa kisah-kisah lalu perlu disusun rapi sebagai satu naskah buku dan setiap helaiannya mempunyai kisah yang tersendiri. Jika kita ingin melupakan kisah itu seperti kita perlu mengoyak setiap helaian. Saya rasa jika kita berbuat demikian, tercemar pula buku kisah kehidupan kita.

2 comments:

Khairul said...

Yeay!!! Goog start mea.. Kimi suka penulisan mea.. Seriously!

princezz.M said...

hihihi.. thanks yea