Tuesday, June 30, 2009

If I were a Boy

"Tahniah! Awak berjaya Airisha. I am proud of you."
"Terima kasih."
Saya berjalan keluar dari ofis pakcik saya. Ucapan tahniah dari semua pekerja saya dengari dari mula saya menjejak kaki ke tingkat 10 bangunan XYZ. Yea, saya berjaya mendapat projek itu. Agak cepat juga keputusannya keluar. Saya juga ingin berterima kasih kepada Marliah dan beberapa orang pekerja yang telah menolong menjadikan projek ini berjaya. Banyak dokumen yang telah berjaya di siapkan olehnya. Jadi Marlia juga perlu diberi penghormatan.
Penghormatan yang saya maksudkan adalah, saya sudah meninjau-ninjau akan sebuah apartment ataupun kondominum. Saya fikir saya ingin mengajak Marliah untuk tinggal bersama. Lebih mudah untuk kami berdua berdiskusi dan yang lebih penting saya senang bersama Marliah - sebagai rakan dan pembantu. Tidaklah saya keseorangan bertemankan dinding rumah yang tidak dapat memahami hati seorang insan.
Perkara ini belum saya maklumkan kepada sesiapa mahupun pakcik saya. Saya pasti dengan alasan yang kukuh sudah tentunya pakcik dan makcik akan bersetuju. Lagipun saya sudah besar dan ingin pula berdikari. Alangkah indahnya jika saya seorang lelaki dimana pakcik dan makcik tidak perlu begitu risau akan diri saya yang sudah besar ini.
Saya kini di bilik saya bertemankan lagu oleh Beyonce - If I were a Boy. Lunak sekali alunan suara Beyonce dan saya telah lama meminati lagu-lagu beliau. Teringat saya kepada video klip beliau, sungguh cantik Beyonce.
Pintu bilik saya diketuk.
"Yea." jawab saya ringkas sambil memperlahankan muzik.

Friday, June 26, 2009

Hari ini


"Good morning Ms Airisha"
"Good morning. How are you today?"
Saya berjalan menuju ke pejabat saya sambil di ekori oleh pembantu saya, Marliah. Orangnya kecil molek dan berlesung pipit dan saya rasa Marlia sangat comel. Marlia adalah pembantu saya, sama umurnya dengan saya, berambut pendek dan berkaca mata. Pernah satu ketika saya cakap kepadanya bahawa dia nampak sangat cantik tanpa kaca mata.
Hari ini saya akan bertemu dengan beberapa orang yang penting bagi membincangkan beberapa projek yang bakal diterima. Semuanya amat bergantung kepada hasil perbincangan saya, Marlia dan beberapa VIP. Tugas ini sangat penting sekali.
Saya sangat berharap kami dapat berbincang dengan baik dan akhirnya mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.

Tuesday, June 23, 2009

Pagi ini..

Pagi ini cuaca sangat baik sekali. Saya bangun dari tidur dengan begitu bersemangat. Kenapa yea? Dengan perasaan gembira, saya mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air.
Setelah bersiap berbaju biru..
Saya : Makcik masak apa hari ini yea?
Makcik : Nasi goreng istimewa. Makanlah.
Saya : Wah! Nampak sedap ni.
Saya terus duduk sambil mencapai pinggan yang terletak kemas di atas meja makan. Terus saja saya menyedok nasi. Makcik sibuk menuang air dari peti sejuk. Sudah tentunya orange juice kegemaran saya.
Saya : Makcik sudah makan? Marilah makan sama.
Makcik : Takpelah Mea. Mea makan dulu, biar makcik kemaskan dulu barang-barang ni. Saya teruskan saja aktiviti saya..
Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 7.00pagi.
~bersambung..

Thursday, June 18, 2009

Why people HATE me?

Semalam saya menerima satu e-mail besertakan gambar seperti disebelah ini.
Kenapa mereka benci saya? Apa salah saya?
Walau apapun yang mereka fikir dan akan fikir saya tidak pernah susahkan sesiapa dan saya tidak akan buat begitu.
Kenapa mereka sangat bencikan saya sehingga sanggup berbuat begitu?
Saya tidak faham walaupun saya cuba memahami setiap tindakan mereka itu. Jika saya bersalah, saya memohon MAAF. Maafkan saya jika saya pernah atau telah menyakitkan hati sesiapa saja yang pernah atau telah mengenali saya. Saya tidak pernah berniat atau ingin menyakiti hati semua orang. Saya selalu cuba dan akan terus mengingati agar jangan menyakiti hati orang kerana saya percaya satu hari nanti orang pula akan berbuat begitu kepada saya. Dan jika YA, saya pernah menyakiti hati orang, MAAFKAN SAYA sekali lagi.

Jika S.A.Y.A adalah A.W.A.K

Jika saya adalah awak - saya tidak akan membiarkan dunia ini mempengaruhi minda saya, hati saya, jiwa saya ataupun cita-cita saya.
Jika saya adalah awak - saya akan terbang setinggi yang boleh mencapai apa yang saya impikan bersama insan tersayang.
Jika saya adalah awak - saya akan kuatkan semangat saya agar setiap dugaan itu saya mampu mengharunginya.
Dan jika saya ini adalah awak - saya tahu dunia cita saya!
Dan jika saya adalah awak - awak tentu tahu rasa dan getaran hati saya kerana ia adalah milik awak.
Dan jika saya mampu menjadi awak - tiada dua cinta kerana cinta hanya teguh pada yang satu.
Dan jika saya menjadi awak - saya akan menjadi diri saya yang sebenarnya tanpa membiarkan sesiapapun mempengaruhi minda atau jiwa saya.
Jika saya mampu menjadi awak - saya tahu kita berbeza namun hati kita sama!

Wednesday, June 17, 2009

Saya Mampu berfikir

Oh Tidak! Adakah saya sedang mengalami stress sekarang? Sudah hampir satu minggu saya tidak mampu melelapkan mata. Fikiran saya tidak menentu. Saya berfikir dan berfikir. Minda saya tidak boleh berhenti berfikir. Apa yang sedang saya fikirkan?
Saya ingin tidur di sebuah bilik yang dipenuhi dengan muzik. Kenapa? Saya fikir saya dapat menenangkan jiwa sekiranya muzik itu dipasang dengan pelbagai alunan dan irama. Mampukah saya berhenti berfikir walaupun seketika cuma?
Adakah dunia ini akan terhenti jika saya mula berhenti berfikir? Saya tahu saya mampu menandingi masalah ini.
Life is so weird!

Monday, June 15, 2009

Jom kita terbang bersama

Saya ingin melihat awan biru. Saya ingin memutar ia dengan kaki sambil melihat birunya awan itu. Awan biru terlukis indah bak warna kehidupan.
Saya ingin terbang sambil menyusuri awan biru dan sudah tentunya saya akan meninggalkan jejak saya. Saya akan melukis bentuk-bentuk hati yang kecil dengan warna putih.
Jom, kita terbang bersama sambil menikmati keindahan dunia. Jom kita merasakan betapa indahnya negeri awan biru itu. Kita terbang bersama kita menghirup udaranya kita tersenyum, gembira hilang duka. Kita melompat di sana sini, kita menari bersuka-ria kita alunkan muzik kegemaran dan kita sangat gembira bersama awan biru.
Saya mula terfikir ketika awan dan langit bercinta dan disebalik keindahannya. Ia adalah satu anugerah. Dan saya terpesona melihat awan biru nun jauh di atas sana.

Selamat Pagi Ucapan nya

“Hi, Selamat pagi” ucapannya. Dia telah berucap kepada saya. Penuh lirikan senyuman yang paling manis. Saya diam sepi. Kemudian saya menyambut ucapan Dia dengan sebuah senyuman yang sama dengan wajah yang sama dengan harapan Dia bersedia dengan satu senyuman yang tulus lagi. Yea, Dia tersenyum lagi sehingga menampakkan baris-baris giginya yang putih bersih.
Esok, saya harus pergi. Adakah saya akan dapat melihat senyuman itu lagi? Saya tahu senyuman Dia sangat ikhlas setulus hatinya. Terima kasih.
Sudah tentu saya akan merindui senyuman Dia!

Friday, June 12, 2009

Fishball Soup

Nyum nyum, saya sangat suka Fishball dan yang paling suka adalah sup Fishball. Sangat enak bila dimakan bersama meehoon. Tentu ada yang setuju dengan pendapat saya kan?
Saya ini memang sangat suka akan sup. Tak kisah apa saja sup, saya boleh makan sehingga habis. Bagi saya sup panas yang terbaik. Sebabnya sup ini dapat memanaskan badan kita terutamanya apabila hari hujan.
Saya rasa memasak sup adalah sesuatu yang senang dan saya fikir tentu semua orang boleh memasak perkara yang sangat ringkas ini.
Terasa lapar pula.. Jomlah kita masak sup Fishball!!

Thursday, June 11, 2009

Tin Coke

Jangan berfikir tin ini kosong. Kemungkinan tin coke ini penuh bersama airnya. Dan jangan pula mula berfikir tin ini sangat baru. Kemungkinan ia sudah disimpan begitu lama. Saya mula berfikir tin ini sangat comel sekali. Lovely colours!
Saya tidak suka minum air bergas sama ada air Coke, Pepsi atau apa saja minuman bergas. Namun itu tidak begitu penting dari gambar di sebelah ini. Saya rasa gambar ini sangat unik dan mempunyai bicaranya yang tersendiri.

Pieces of M.E

Saya sangat suka akan gambar di sebelah ini. Kenapa? Bagi saya ia adalah satu shoot yang sangat menarik sekali. Satu kombinasi dan idea yang sangat bagus.
Erm, saya sudah mula berfikir dan minat dalam photography. Ada orang yang boleh menolong mengajar saya?
Tolonglah saya - tetapi adakah saya mampu menjadikan bidang photography ini sebagai hobi baru saya? Sebagai permulaan, apakah yang perlu saya buat?

Wednesday, June 10, 2009

Mungkin masih terlalu pagi..



Saya ingin hiasi hari ini dengan satu harapan bersama dengan cita-cita. Dengan satu genggaman tekad dihati, saya ingin membuka selembar jalan. Hari ini saya ingin mencari dan saya ingin di temani - kasih.
Jika hati saya tanpa dia, tanpa rasa, tanpa suka - bagaimana?
Mungkin masih terlalu pagi. Dan mungkin terlalu awal. Mungkin juga.
Saya perlu bertaruh pada waktu yang selalu memaksa saya terus berlari dan berlari mengejar masa. Dan di kala malam menjelma terasa terlalu cepat waktu itu berputar. Perlukah saya hentikan pelarian ini?
Saya bimbang, risau akan waktu itu walaupun hati saya sudah bertekad erat. Jalan sudah mungkin saya buka selebarnya. Mungkin masih jua terlalu pagi.

Tuesday, June 09, 2009

Assam Laksa Penang

Assam Laksa - saya sangat suka!

Bicara Si Awan Biru

Awan biru - awak sangat baik untuk saya. Awan biru - awak sangat setia orangnya. Dan awak biru - kita di bumi yang sama, bernafas kita di satu ozon alam semesta. Awan biru - awak masih ingat dia? Dia yang pernah awak suka dan dia juga yang pernah berikan awak cinta.
Awan biru - disana kita mungkin bersama. Awan biru - saya mahu berahsia. Kenapa ? Sampai bila ? Biarlah ia menjadi rahsia saya. Saya tidak mungkin mampu berbicara jika awak bukan awan biru saya. Adakah awak selalu bersama saya? Bolehkah? Benarkah begitu atau sebaliknya?
Awan biru.. awan biru..awan biru........... kita akan bersama selalu.. di sepanjang waktu..membelah rindu...membuang sayu....
Awan biru - Bila sampainya waktu.. rasa rindu akan berlalu..membawa pergi semua pilu...lenyap sudah rasa di hatiku...
And.. I miss you!!

Thursday, June 04, 2009

Hari & tahun

Hari demi hari, tahun demi tahun saya masih di sini. Saya masih belum mampu pergi jauh dari hidup awak. Awak dimana? Awak semakin jauh dari saya tapi saya masih di sini.
Saya masih mampu bertahan dan masih mampu menanti biarpun saya tahu penantian itu adalah satu cabaran yang paling hebat. Bagi saya jika ada satu kesabaran saya mampu melakukannya dengan baik. Saya amat berharap saya akan masih bersabar. Saya tidak akan mensia-siakan kesabaran ini kerana saya tahu ia penuh dengan dugaan. Saya mampu meredah semua itu.
Hari ini, esok atau hari-hari yang bakal datang - saya tahu dan saya boleh kerana saya mampu berdiri di sini lagi. Jika hari semalam saya boleh, kenapa hari esok tidak?
Saya adalah saya - di bumi ini saya berharap!

Wednesday, June 03, 2009

Ucapan untuk A.W.A.K

Saya ada satu ucapan khas untuk awak. Saya harap awak sentiasa sihat dan gembira selalu disana. Yea, saya selalu dan akan tetap berharap begitu kerana saya nak awak sihat. Dan saya juga nak awak selalu gembira. Saya tahu awak sangat gembira dan saya juga mahu awak gembira. Hidup ini memang sangat indah jika kita tahu menghargai keindahannya.
Adakah saya ini gembira? Saya rasa cukuplah jika awak gembira kerana bagi saya itu yang paling penting. Saya mahu awak gembira dan jika boleh biarlah kegembiraan itu di kongsi bersama orang tersayang. Ini ucapan saya untuk awak.

Monday, June 01, 2009

Salah Nombor agaknya..

Hari ini saya ada menerima satu panggilan - private number. Saya tidak kenal suara empunya diri dan saya juga tidak kenal siapa beliau. Saya juga tidak tahu bagaimana dia dapatkan nombor saya.
Private number : Hello. Hye, siapa tu?
Saya : Siapa ini? Awak nak bercakap dengan siapa?
Private number : Boleh saya tahu siapa disana?
Saya : Maaf. Saya rasa saya yang berhak tahu siapa awak.
Private number : Saya kenal awak. Awak sihat?
Saya : Maaf. Saya rasa saya tidak kenal awak. Boleh saya tahu siapa awak?
Private number : Awak kenal saya. Saje je awak cakap tak kenal kan?
Saya : Tak. Saya memang tak kenal. Saya rasa awak mungkin sudah salah nombor.
Private number : Takdelah. Ini nombor xxx-xxx xxxx kan?
Saya : (Terdiam)
Private number : Hello, awak di sana?
Saya : Maaf. Saya rasa awak sudah salah nombor. (Saya terus off-kan handset saya). Mungkin dia akan terfikir bahawa dia tersalah nombor. Saya masih terfikir akan suara itu. Adakah saya kenal?

Satu rasa

Kita pernah berbicara - tentang satu rasa tanpa berfikir tentang jiwa. Rasa kita pada satu, fikir kita pada nyata. Semua manusia punya rasa, punya jiwa tapi apakah ia CINTA? Saya pernah mempunyai satu rasa tapi saya pendamkan saja rasa itu kerana saya fikir ia tidak perlu diluahkan. Kenapa saya begitu? Perasaan saya adalah satu rahsia dan biarlah ia disimpan sebagai satu rahsia. Saya simpankan ia disini, jauh di satu sudut di dalam hati saya, simpan ia baik-baik agar tiada sesiapa pun yang dapat tahu apa rasa saya dan apa rahsia rasa saya itu. Saya akan simpan ia sebagai satu rasa yang pernah saya rasa. Biarlah ia disana walau sampai seribu tahun pun ia bersemadi disitu kerana ia satu rasa dan kerana ia milik saya.