Thursday, July 23, 2009

I don't know

Agak lama saya mendiamkan diri. Saya perlukan masa dan jati diri. Saya tahu saya tidak sekuat dulu. Berani menyatakan apa yang terbuku di hati saya. Berani mengeluarkan baris-baris kata yang terpendam di jiwa saya.
Saya rasa saya perlu diam seketika, mungkin seberapa lama yang boleh. Perasaan saya di ketika ini agak bercampur dengan beberapa masalah yang timbul. Say atahu setiap kita tidak akan dapat lari dari sebarang masalah. Bukan saya ini hendak lari dari masalah cumanya saya perlukan masa. Masa untuk berfikir, masa untuk menguatkan semangat saya kembali yang kian pudar, yang kian bundar.
Usah ditanya kenapa dan mengapa saya menyepi tanpa sebarang berita. Usah ditangisi kenapa kehidupan saya sebegini rupa. Ini adalah satu kenyataan tentang sebuah kehidupan - kehidupan saya sebagai seorang insan yang tidak punya ibu dan bapa. Saya cuma menagih kasih dan sayang dari sesiapa yang sudi menyalurkan rasa kasih dan sayang itu.
Saya perlu pasrah dengan keadaan ini. Saya perlukan satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dan saya perlu kembali!

Monday, July 06, 2009

Angin bayu

Saya memandang jauh dari jendela. Angin bertiup membawa cepisan demi cepisan dedaun yang berguguran. Saya hanya mampu memandang jauh. Saya kelu namun jauh dari sudut hati saya mula terfikir alangkah bahagianya saya jika saya mampu dibawa angin sedemikian. Saya diterbangkan kemana sahaja tanpa memikirkan tentang hukum alam.
Sesekali saya terpandang anak-anak kecil ligat bermain walaupun angin agak kuat diketika itu. Mereka bebas berlari, bergurau senda sesama mereka tanpa secalit kerisauan akan apa yang bakal berlaku pada dunia ini kerana mereka berada di dunia mereka. Alangkah indahnya jika saya seperti mereka. Saya tidak perlu berfikir dan berfikir tentang apa kesudahan cerita dunia kita.
Saya mula teringatkan zaman kecil saya. Saya disayangi sepenuhnya oleh kedua-dua ibu bapa saya. Saya juga masih ingat bagaimana ibu saya sangat sayang akan saya, setiap hari ibu pasti membelai dan mendakap erat saya. Saya dicium ibu hampir setiap masa. Ibu bagaikan tidak mahu kehilangan saya. Yea, saya sangat sayangkan mereka berdua kerana mereka ibu dan bapa saya dan tiada apa di dunia ini yang boleh dibandingkan dengan kasih dan sayang mereka terhadap saya. Setiap saat saya dijaga dengan begitu kasih. Minda saya mula mengingatkan tentang bagaimana saya belajar menaiki basikal dan sangat degil tidak mendengar cakap bapa, akhirnya saya terjatuh dari basikal. Lutut kiri saya berdarah, pantas bapa saya mendukung dan membawa saya pulang. Ibu di rumah turut tidak keruan melihat saya menangis kesakitan. Sepanjang malam ibu tidak tidur hanya untuk memastikan keadaan saya okay.
Yea, mungkin saya agak manja, degil tetapi itulah saya!

Thursday, July 02, 2009

Temujanji

"Maaf Ms Airisha, Puan Seri ada di luar."
Hampir saya terlupa. Rupa-rupanya saya ada sesi temujanji dengan Puan Seri.
"Yea". jawab saya ringkas sambil tangan saya ligat mencari fail syarikat Bina Mutiara.
#######
"Hai Airisha!"
"Puan Seri, selamat datang. Apa khabar?"
"Sihat." Puan Seri tersenyum manis, sangat menawan orangnya. Masih kekal cantik walaupun usianya saya rasa hampir mencecah lewat 50an.
"Puan Seri, senantiasa nampak cantik, muda dan menawan. Apa rahsianya?" saya memulakan bicara kami.
"Alah, Airisha ni. Saya tak ada apa-apa rahsia pun. Senaman, makan jamu dan of course perlu selalu happy. Hah! Itulah rahsianya." jawab Puan Seri sambil tersenyum.
Kami sama-sama ketawa.
"Airisha, jom kita keluar lunch since sekarang dah pun pukul 1.30pm. Saya belanja Airisha harini. Lagipun saya nak jugak tahu apa jawapan dari Airisha tentang proposal saya haritu." pinta Puan Seri.
Saya terdiam sejenak sambil berfikir tentang permintaan Puan Seri. Saya sebenarnya belum berfikir lagi tentang proposal Puan Seri. Amat sukar bagi saya untuk membuat keputusan. Saya perlu berfikir dengan betul agar keputusan yang akan saya berikan itu nanti tidak akan menyusahkan sesiapa.
"Kenapa berdiam. Jom kita lunch"
Bagaikan seorang anak menuruti cakap ibunya, saya lantas mencapai handbag berlalu keluar bersama Puan Seri. Di dalam hati, saya masih mencari-cari jawapan yang sesuai untuk saya perkatakan semasa lunch nanti. Saya terfikir Pakcik dan Makcik yang sudah banyak membantu kehidupan saya.
Di dalam lift, saya hanya mendiamkan diri. Bau perfume jenama Polo Ralph Lauren - Romance menerjah ke seluruh bahagian lift. Saya rasa beberapa orang yang berada di dalam lift akan gembira dengan bau yang begitu menyenangkan itu.
Lift berhenti di tingkat 2 dan terbuka. Kelibat seorang jejaka berbaju biru dan berkolar putih masuk lalu melirik satu senyuman kepada saya. Orangnya tinggi dan nampak segak dengan tie biru gelap.
"Hi " ucapnya sambil tersenyum. Dia berdiri di sebelah saya.
Saya hanya mampu senyum kembali sambil menganggukkan kepala. Entah, mungkin saya rasa itu jawapan bagi "Hi" itu.