Thursday, July 02, 2009

Temujanji

"Maaf Ms Airisha, Puan Seri ada di luar."
Hampir saya terlupa. Rupa-rupanya saya ada sesi temujanji dengan Puan Seri.
"Yea". jawab saya ringkas sambil tangan saya ligat mencari fail syarikat Bina Mutiara.
#######
"Hai Airisha!"
"Puan Seri, selamat datang. Apa khabar?"
"Sihat." Puan Seri tersenyum manis, sangat menawan orangnya. Masih kekal cantik walaupun usianya saya rasa hampir mencecah lewat 50an.
"Puan Seri, senantiasa nampak cantik, muda dan menawan. Apa rahsianya?" saya memulakan bicara kami.
"Alah, Airisha ni. Saya tak ada apa-apa rahsia pun. Senaman, makan jamu dan of course perlu selalu happy. Hah! Itulah rahsianya." jawab Puan Seri sambil tersenyum.
Kami sama-sama ketawa.
"Airisha, jom kita keluar lunch since sekarang dah pun pukul 1.30pm. Saya belanja Airisha harini. Lagipun saya nak jugak tahu apa jawapan dari Airisha tentang proposal saya haritu." pinta Puan Seri.
Saya terdiam sejenak sambil berfikir tentang permintaan Puan Seri. Saya sebenarnya belum berfikir lagi tentang proposal Puan Seri. Amat sukar bagi saya untuk membuat keputusan. Saya perlu berfikir dengan betul agar keputusan yang akan saya berikan itu nanti tidak akan menyusahkan sesiapa.
"Kenapa berdiam. Jom kita lunch"
Bagaikan seorang anak menuruti cakap ibunya, saya lantas mencapai handbag berlalu keluar bersama Puan Seri. Di dalam hati, saya masih mencari-cari jawapan yang sesuai untuk saya perkatakan semasa lunch nanti. Saya terfikir Pakcik dan Makcik yang sudah banyak membantu kehidupan saya.
Di dalam lift, saya hanya mendiamkan diri. Bau perfume jenama Polo Ralph Lauren - Romance menerjah ke seluruh bahagian lift. Saya rasa beberapa orang yang berada di dalam lift akan gembira dengan bau yang begitu menyenangkan itu.
Lift berhenti di tingkat 2 dan terbuka. Kelibat seorang jejaka berbaju biru dan berkolar putih masuk lalu melirik satu senyuman kepada saya. Orangnya tinggi dan nampak segak dengan tie biru gelap.
"Hi " ucapnya sambil tersenyum. Dia berdiri di sebelah saya.
Saya hanya mampu senyum kembali sambil menganggukkan kepala. Entah, mungkin saya rasa itu jawapan bagi "Hi" itu.

No comments: