Tuesday, August 11, 2009

Ohh!

Hakikatnya saya mesti jumpa doktor agar demam saya akan okay.
Risau pulak bila sana sini penuh dengan cerita-cerita virus yang menular ke negara kita.
Must TAKE CARE!

Thursday, July 23, 2009

I don't know

Agak lama saya mendiamkan diri. Saya perlukan masa dan jati diri. Saya tahu saya tidak sekuat dulu. Berani menyatakan apa yang terbuku di hati saya. Berani mengeluarkan baris-baris kata yang terpendam di jiwa saya.
Saya rasa saya perlu diam seketika, mungkin seberapa lama yang boleh. Perasaan saya di ketika ini agak bercampur dengan beberapa masalah yang timbul. Say atahu setiap kita tidak akan dapat lari dari sebarang masalah. Bukan saya ini hendak lari dari masalah cumanya saya perlukan masa. Masa untuk berfikir, masa untuk menguatkan semangat saya kembali yang kian pudar, yang kian bundar.
Usah ditanya kenapa dan mengapa saya menyepi tanpa sebarang berita. Usah ditangisi kenapa kehidupan saya sebegini rupa. Ini adalah satu kenyataan tentang sebuah kehidupan - kehidupan saya sebagai seorang insan yang tidak punya ibu dan bapa. Saya cuma menagih kasih dan sayang dari sesiapa yang sudi menyalurkan rasa kasih dan sayang itu.
Saya perlu pasrah dengan keadaan ini. Saya perlukan satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dan saya perlu kembali!

Monday, July 06, 2009

Angin bayu

Saya memandang jauh dari jendela. Angin bertiup membawa cepisan demi cepisan dedaun yang berguguran. Saya hanya mampu memandang jauh. Saya kelu namun jauh dari sudut hati saya mula terfikir alangkah bahagianya saya jika saya mampu dibawa angin sedemikian. Saya diterbangkan kemana sahaja tanpa memikirkan tentang hukum alam.
Sesekali saya terpandang anak-anak kecil ligat bermain walaupun angin agak kuat diketika itu. Mereka bebas berlari, bergurau senda sesama mereka tanpa secalit kerisauan akan apa yang bakal berlaku pada dunia ini kerana mereka berada di dunia mereka. Alangkah indahnya jika saya seperti mereka. Saya tidak perlu berfikir dan berfikir tentang apa kesudahan cerita dunia kita.
Saya mula teringatkan zaman kecil saya. Saya disayangi sepenuhnya oleh kedua-dua ibu bapa saya. Saya juga masih ingat bagaimana ibu saya sangat sayang akan saya, setiap hari ibu pasti membelai dan mendakap erat saya. Saya dicium ibu hampir setiap masa. Ibu bagaikan tidak mahu kehilangan saya. Yea, saya sangat sayangkan mereka berdua kerana mereka ibu dan bapa saya dan tiada apa di dunia ini yang boleh dibandingkan dengan kasih dan sayang mereka terhadap saya. Setiap saat saya dijaga dengan begitu kasih. Minda saya mula mengingatkan tentang bagaimana saya belajar menaiki basikal dan sangat degil tidak mendengar cakap bapa, akhirnya saya terjatuh dari basikal. Lutut kiri saya berdarah, pantas bapa saya mendukung dan membawa saya pulang. Ibu di rumah turut tidak keruan melihat saya menangis kesakitan. Sepanjang malam ibu tidak tidur hanya untuk memastikan keadaan saya okay.
Yea, mungkin saya agak manja, degil tetapi itulah saya!

Thursday, July 02, 2009

Temujanji

"Maaf Ms Airisha, Puan Seri ada di luar."
Hampir saya terlupa. Rupa-rupanya saya ada sesi temujanji dengan Puan Seri.
"Yea". jawab saya ringkas sambil tangan saya ligat mencari fail syarikat Bina Mutiara.
#######
"Hai Airisha!"
"Puan Seri, selamat datang. Apa khabar?"
"Sihat." Puan Seri tersenyum manis, sangat menawan orangnya. Masih kekal cantik walaupun usianya saya rasa hampir mencecah lewat 50an.
"Puan Seri, senantiasa nampak cantik, muda dan menawan. Apa rahsianya?" saya memulakan bicara kami.
"Alah, Airisha ni. Saya tak ada apa-apa rahsia pun. Senaman, makan jamu dan of course perlu selalu happy. Hah! Itulah rahsianya." jawab Puan Seri sambil tersenyum.
Kami sama-sama ketawa.
"Airisha, jom kita keluar lunch since sekarang dah pun pukul 1.30pm. Saya belanja Airisha harini. Lagipun saya nak jugak tahu apa jawapan dari Airisha tentang proposal saya haritu." pinta Puan Seri.
Saya terdiam sejenak sambil berfikir tentang permintaan Puan Seri. Saya sebenarnya belum berfikir lagi tentang proposal Puan Seri. Amat sukar bagi saya untuk membuat keputusan. Saya perlu berfikir dengan betul agar keputusan yang akan saya berikan itu nanti tidak akan menyusahkan sesiapa.
"Kenapa berdiam. Jom kita lunch"
Bagaikan seorang anak menuruti cakap ibunya, saya lantas mencapai handbag berlalu keluar bersama Puan Seri. Di dalam hati, saya masih mencari-cari jawapan yang sesuai untuk saya perkatakan semasa lunch nanti. Saya terfikir Pakcik dan Makcik yang sudah banyak membantu kehidupan saya.
Di dalam lift, saya hanya mendiamkan diri. Bau perfume jenama Polo Ralph Lauren - Romance menerjah ke seluruh bahagian lift. Saya rasa beberapa orang yang berada di dalam lift akan gembira dengan bau yang begitu menyenangkan itu.
Lift berhenti di tingkat 2 dan terbuka. Kelibat seorang jejaka berbaju biru dan berkolar putih masuk lalu melirik satu senyuman kepada saya. Orangnya tinggi dan nampak segak dengan tie biru gelap.
"Hi " ucapnya sambil tersenyum. Dia berdiri di sebelah saya.
Saya hanya mampu senyum kembali sambil menganggukkan kepala. Entah, mungkin saya rasa itu jawapan bagi "Hi" itu.

Tuesday, June 30, 2009

If I were a Boy

"Tahniah! Awak berjaya Airisha. I am proud of you."
"Terima kasih."
Saya berjalan keluar dari ofis pakcik saya. Ucapan tahniah dari semua pekerja saya dengari dari mula saya menjejak kaki ke tingkat 10 bangunan XYZ. Yea, saya berjaya mendapat projek itu. Agak cepat juga keputusannya keluar. Saya juga ingin berterima kasih kepada Marliah dan beberapa orang pekerja yang telah menolong menjadikan projek ini berjaya. Banyak dokumen yang telah berjaya di siapkan olehnya. Jadi Marlia juga perlu diberi penghormatan.
Penghormatan yang saya maksudkan adalah, saya sudah meninjau-ninjau akan sebuah apartment ataupun kondominum. Saya fikir saya ingin mengajak Marliah untuk tinggal bersama. Lebih mudah untuk kami berdua berdiskusi dan yang lebih penting saya senang bersama Marliah - sebagai rakan dan pembantu. Tidaklah saya keseorangan bertemankan dinding rumah yang tidak dapat memahami hati seorang insan.
Perkara ini belum saya maklumkan kepada sesiapa mahupun pakcik saya. Saya pasti dengan alasan yang kukuh sudah tentunya pakcik dan makcik akan bersetuju. Lagipun saya sudah besar dan ingin pula berdikari. Alangkah indahnya jika saya seorang lelaki dimana pakcik dan makcik tidak perlu begitu risau akan diri saya yang sudah besar ini.
Saya kini di bilik saya bertemankan lagu oleh Beyonce - If I were a Boy. Lunak sekali alunan suara Beyonce dan saya telah lama meminati lagu-lagu beliau. Teringat saya kepada video klip beliau, sungguh cantik Beyonce.
Pintu bilik saya diketuk.
"Yea." jawab saya ringkas sambil memperlahankan muzik.

Friday, June 26, 2009

Hari ini


"Good morning Ms Airisha"
"Good morning. How are you today?"
Saya berjalan menuju ke pejabat saya sambil di ekori oleh pembantu saya, Marliah. Orangnya kecil molek dan berlesung pipit dan saya rasa Marlia sangat comel. Marlia adalah pembantu saya, sama umurnya dengan saya, berambut pendek dan berkaca mata. Pernah satu ketika saya cakap kepadanya bahawa dia nampak sangat cantik tanpa kaca mata.
Hari ini saya akan bertemu dengan beberapa orang yang penting bagi membincangkan beberapa projek yang bakal diterima. Semuanya amat bergantung kepada hasil perbincangan saya, Marlia dan beberapa VIP. Tugas ini sangat penting sekali.
Saya sangat berharap kami dapat berbincang dengan baik dan akhirnya mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.

Tuesday, June 23, 2009

Pagi ini..

Pagi ini cuaca sangat baik sekali. Saya bangun dari tidur dengan begitu bersemangat. Kenapa yea? Dengan perasaan gembira, saya mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air.
Setelah bersiap berbaju biru..
Saya : Makcik masak apa hari ini yea?
Makcik : Nasi goreng istimewa. Makanlah.
Saya : Wah! Nampak sedap ni.
Saya terus duduk sambil mencapai pinggan yang terletak kemas di atas meja makan. Terus saja saya menyedok nasi. Makcik sibuk menuang air dari peti sejuk. Sudah tentunya orange juice kegemaran saya.
Saya : Makcik sudah makan? Marilah makan sama.
Makcik : Takpelah Mea. Mea makan dulu, biar makcik kemaskan dulu barang-barang ni. Saya teruskan saja aktiviti saya..
Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 7.00pagi.
~bersambung..