Hakikatnya saya mesti jumpa doktor agar demam saya akan okay.
Risau pulak bila sana sini penuh dengan cerita-cerita virus yang menular ke negara kita.
Must TAKE CARE!
~ WHERE can you feel so many emotions.WHERE can you find many adventures, excited & many more that's suit for you.WHERE can you find your true friends & true lovers.And WHERE your imagination never died ~
Agak lama saya mendiamkan diri. Saya perlukan masa dan jati diri. Saya tahu saya tidak sekuat dulu. Berani menyatakan apa yang terbuku di hati saya. Berani mengeluarkan baris-baris kata yang terpendam di jiwa saya.
Saya memandang jauh dari jendela. Angin bertiup membawa cepisan demi cepisan dedaun yang berguguran. Saya hanya mampu memandang jauh. Saya kelu namun jauh dari sudut hati saya mula terfikir alangkah bahagianya saya jika saya mampu dibawa angin sedemikian. Saya diterbangkan kemana sahaja tanpa memikirkan tentang hukum alam.
"Maaf Ms Airisha, Puan Seri ada di luar."
Pagi ini cuaca sangat baik sekali. Saya bangun dari tidur dengan begitu bersemangat. Kenapa yea? Dengan perasaan gembira, saya mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air.
Jika saya adalah awak - saya tidak akan membiarkan dunia ini mempengaruhi minda saya, hati saya, jiwa saya ataupun cita-cita saya.
Oh Tidak! Adakah saya sedang mengalami stress sekarang? Sudah hampir satu minggu saya tidak mampu melelapkan mata. Fikiran saya tidak menentu. Saya berfikir dan berfikir. Minda saya tidak boleh berhenti berfikir. Apa yang sedang saya fikirkan?
Saya ingin melihat awan biru. Saya ingin memutar ia dengan kaki sambil melihat birunya awan itu. Awan biru terlukis indah bak warna kehidupan.
“Hi, Selamat pagi” ucapannya. Dia telah berucap kepada saya. Penuh lirikan senyuman yang paling manis. Saya diam sepi. Kemudian saya menyambut ucapan Dia dengan sebuah senyuman yang sama dengan wajah yang sama dengan harapan Dia bersedia dengan satu senyuman yang tulus lagi. Yea, Dia tersenyum lagi sehingga menampakkan baris-baris giginya yang putih bersih.
Nyum nyum, saya sangat suka Fishball dan yang paling suka adalah sup Fishball. Sangat enak bila dimakan bersama meehoon. Tentu ada yang setuju dengan pendapat saya kan?
Jangan berfikir tin ini kosong. Kemungkinan tin coke ini penuh bersama airnya. Dan jangan pula mula berfikir tin ini sangat baru. Kemungkinan ia sudah disimpan begitu lama. Saya mula berfikir tin ini sangat comel sekali. Lovely colours!
Saya sangat suka akan gambar di sebelah ini. Kenapa? Bagi saya ia adalah satu shoot yang sangat menarik sekali. Satu kombinasi dan idea yang sangat bagus.
Awan biru - awak sangat baik untuk saya. Awan biru - awak sangat setia orangnya. Dan awak biru - kita di bumi yang sama, bernafas kita di satu ozon alam semesta. Awan biru - awak masih ingat dia? Dia yang pernah awak suka dan dia juga yang pernah berikan awak cinta.
Hari demi hari, tahun demi tahun saya masih di sini. Saya masih belum mampu pergi jauh dari hidup awak. Awak dimana? Awak semakin jauh dari saya tapi saya masih di sini.
Saya ada satu ucapan khas untuk awak. Saya harap awak sentiasa sihat dan gembira selalu disana. Yea, saya selalu dan akan tetap berharap begitu kerana saya nak awak sihat. Dan saya juga nak awak selalu gembira. Saya tahu awak sangat gembira dan saya juga mahu awak gembira. Hidup ini memang sangat indah jika kita tahu menghargai keindahannya.
Hari ini saya ada menerima satu panggilan - private number. Saya tidak kenal suara empunya diri dan saya juga tidak kenal siapa beliau. Saya juga tidak tahu bagaimana dia dapatkan nombor saya.
Kita pernah berbicara - tentang satu rasa tanpa berfikir tentang jiwa. Rasa kita pada satu, fikir kita pada nyata. Semua manusia punya rasa, punya jiwa tapi apakah ia CINTA? Saya pernah mempunyai satu rasa tapi saya pendamkan saja rasa itu kerana saya fikir ia tidak perlu diluahkan. Kenapa saya begitu? Perasaan saya adalah satu rahsia dan biarlah ia disimpan sebagai satu rahsia. Saya simpankan ia disini, jauh di satu sudut di dalam hati saya, simpan ia baik-baik agar tiada sesiapa pun yang dapat tahu apa rasa saya dan apa rahsia rasa saya itu. Saya akan simpan ia sebagai satu rasa yang pernah saya rasa. Biarlah ia disana walau sampai seribu tahun pun ia bersemadi disitu kerana ia satu rasa dan kerana ia milik saya.
Orang cakap kita perlu melupakan kisah lalu. Tapi saya rasa ia amat berat. Begitu sukar melupakan kenangan lalu. Kisah lalu dipenuhi dengan suka duka sebuah kehidupan dan saya juga rasa kita tidak perlu melupakannya kerana ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang pernah kita lalui.Si awan biru: Blog for Meaaaaaaaaaaaaa!!!!
Princezzm: Thanks yea si awan biru ;)
Ini merupakan entry pertama saya. Thanks to si awan biru kerana sudi menolong. Saya sangat berterima kasih untuk si awan biru. Entry saya yang pertama ini mungkin sangat boring untuk orang lain tetapi saya akan cuba menulis apa- apa saja yang pernah terlintas di fikiran saya ini. Saya sebenarnya tidak pandai menulis tetapi akan mencubanya sebaik mungkin. Jika ada kesalahan disini, harap diberi peluang. Sila beri tunjuk ajar yea!